ARCA TIMBULAN + ACUAN (MEDIA SIMEN)
Ukir atau luakan bahagian tertentu mengikut lakaran imej. bahan yang digunakan ialah tanah liat. tanah liat tersebut hendaklah ditekan dengan kemas agar tiada ruang udara dalam tanah liat tersebut.
Setelah selesai mengukir bersihkan tanah liat tersebut dengan menggunakan berus.
buat satu bingkai dikeliling arca tersebut. bingkai tersebut bertujuan untuk mengelak latex yang akan disapu terkeluar dan comot.
sapu latex dalam beberapa lapisan. apabila latex tebal hal ini bagi mengelak daripada latex tersebut terkoyak apabila ingin mengeluarkan tanah liat yang diukir tersebut daripada plaster of paris(mould).
gunting bahagian tepi latex setelah kering.
buat satu bingkai yang ukurannya lebih besar daripada tanah liat yang telah diukir.
bingkai tersebut haruslah dicantum bersama tapak(playwood).
tampal plastesin di sekeliling bingkai bagi mengelakkan POP terkeluar daripada bingkai.
tuang plaster of paris ke dalam bingkai.
setelah POP kering, tarik keluar latex bersama dengan tanah liat.
acuan POP dan acuan latex.
setelah bersihkan latex daripada tanah liat, letak latex tersebut di atas mould POP
tuang simen dan biar sehingga kering.
arca acuan yang telah dikeluarkan daripada mould .
warna arca tersebut mengikut kreativiti.